Dokumen Diperlukan



Bawa dokumen yang Asli.. Tak perlu Fotostat.. 
 Jika TAK Cukup salah satu, pihak kami berhak untuk tidak sewakan kereta kami..






No. Pendaftaran JM0704581-K

SYARAT-SYARAT DAN PERJANJIAN UNTUK MENYEWA KERETA

1. Penyewa hendaklah memiliki lesen memandu kelas D, dan tidak dibenarkan pass kereta kepada orang lain terutamanya yang tidak mempunyai lesen memandu, sekiranya berlaku perkara tidak diingini, pihak syarikat berhak untuk menuntut gantirugi termasuk Total Lost sekiranya tuntutan (claim) tidak diluluskan Syarikat Insurance

2. Penyewa dilarang sama sekali melakukan sebarang kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang kerajaan Malaysia termasuk menukar sebarang alat ganti terhadap kereta yang disewa

3. Segala tuntutan saman jalanraya ataupun saman yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa adalah dibawah tanggungjawab penyewa sepenuhnya

4. Sebarang kerosakan disebabkan oleh kecuaian & pemanduan yang tidak berhemah, kos tanggungannya dikenakan sepenuhnya kepada penyewa. Sekiranya terdapat sebarang masalah terus hubungi pihak kami agar langkah pencegahan yang betul boleh diambil

5. Kereta yang disewa mestilah dipulangkan dalam keadaan asal, tepat mengikut masa yang ditetapkan. Sekiranya lewat, sila maklumkan dahulu supaya tiada masalah pertindihan tempahan akan berlaku

6. Sebarang masalah disebabkan penyewaan yang tidak bertanggungjawab akan dikenakan denda sebanyak rm50 untuk ganti rugi teladan & menjejaskan imej syarikat

7. Kereta yang disewa adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh penyewa. Sebarang masalah ataupun kes yang timbul tanpa makluman kepada pihak kami akan dipertanggungjawabkan  sepenuhnya kepada penyewa

8. Kereta perlu dipulangkan mengikut level petrol minimum seperti yang ditetapkan, sekiranya lebih duit tidak akan dipulangkan, namun akan diberikan claim untuk sewaan akan datang dengan  kadar 2 nisbah 1 (2:1)